Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: 7 golongan yang akan dilindungi Allah swt di
bawah bayangan rahmatNya pada hari yang tiada bayangan selain daripada bayangan
rahmatNya yaitu:
1. Pemerintah yang adil
2. Pemuda yang menggunakan masa muda remajanya untuk
beribadat kepada Allah
3. Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid
4. Dua orang yang berkasih sayang antara satu sama lain
kerana Allah. Mereka berkumpul dan berpisah kerana Allah
5. Lelaki yang digoda oleh wanita bangsawan dan jelita,
lalu dia berkata: “Sesungguhnya saya takut kepada Allah”
6. Seorang yang memberi sedekah secara bersembunyi
sehingga tangan kirinya tidak tahu sedekah yang diberikan oleh tangan kanannya
7. Lelaki yang mengingati Allah berseorangan sehingga
berlinangan air matanya.
(Hadith Riwayat Imam Bukhari, Muslim dan
lain-lain)
0 komentar:
Posting Komentar